Free Kedai Online di malaysia dengan guna Brand Sendiri

Free Kedai Online di malaysia dengan guna Brand Sendiri

Benda first yang anda perlu buat bila nak start business online ini, ada perlu ada online platform. Contohnya, fb page, instagram, blog, telegram , eshop dan macam2 lagi. Kira platform macam ‘kedai online’ anda la. Bila dah ada kedai ni.. mesti kena ada nama betul tak?


Nama ini la ‘brand’ anda… dan nak pilih nama brand ini kena la betul dan long term. Ada juga yang tertanya2.. “nak letak nama company ke? Nama produk ke? Or nama personal je?”


Ok… macam ni,

#1 gunakan nama syarikat / kedai / brand – kalau anda seorang founder/business owner dan ada produk sendiri.. anda boleh gunakan nama brand anda sendiri dan nama brand tersebut mestilah sesuai untuk long term.Contohnya, brand iFlawless. Dulunya jual minyak argan je. Tapi sekarang, dah macam2 produk ada, bukan skincare je.. iFlawless Cosmetics pun ada. Bila guna nama brand yg bersifat long term ni, kalau nak tambah produk lain pun takde masalah.


#2 gunakan nama yg umum – kalau anda stokis, agent mahupun dropship dan anda menjual produk orang.. anda boleh gunakan nama brand yang umum. Tak semestinya gunakan nama sama dengan HQ. (Jika anda menjual banyak produk lain).Contohnya, anda menjual produk pakaian, dan anda buat beberapa dropship dari brand berbeza.. anda boleh gunakan nama yg umum yg mana kalau anda jual palazzo, skirt, baju kurung or tudung sekali pun anda boleh gunakan nama brand yg sama. Contohnya, Joyah Collections. Dalam masa yg sama, anda pun boleh naikkan branding anda sendiri. Mana tau, satau hari nanti anda buat produk sendiri pula?

Elakkan gunakan nama brand yg terlalu spesifik, contohnya Joyah Scarf. Sebab apa? Sebab kalau anda nak jual baju kurung, skirt dengan nama tadi.. kurang sesuai.

Cuba tengok Tesco sebagai contoh. Jual banyak produk2 lain, tapi masih naikkan brandingnya sendiri.